Sunday, 30 November 2014

I am back for grape season marked on 26 november...








         Assalamualaikum w.b.t

         Sudah lama rasanya blog ini sepi tanpa sebarang update dan info. Maklum sahajalah saya baru habis kerja-kerja di ladang blueberry di coffs harbor. Tempat yang cantik dan saya pasti akan rindu dengan keindahan pantai-pantai di sana. Insya allah saya akan kembali semula ke sana pada tahun hadapan apabila musim blueberry bermula. Terima kasih kepada para pembaca yang memberi sokongan dan kritikan kepada saya sepanjang berkecimpung dalam bidang ini. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali saya boleh add saya terus di facebook ' Mohd Fadhillah Bin Mohd Rodzi'.

          Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat saya En. Syafiq fitree semoga bahagia hingga anak cucu dan terima kasih kepada beliau kerana banyak menyokong saya sepanjang saya dalam bidang ini.

        Saya ingin jelaskan di sini tujuan saya mengarang blog ini adalah bagi memberi segala info tentang kerja di sini tidak kira sama ada anda datang bekerja dengan saya atau tidak. Ilmu yang baik perlu di kongsi supaya boleh menjadi panduan bagi orang-orang baru. Kepada ejen-ejen di luar sana boleh juga hubungi saya bagi mendapat maklumat lanjut tentang spesifikasi kerja yang saya jalankan. Saya ni peramah orangnya jadi tidak perlu segan silu mana lah tahu kita boleh  Tidak perlu lah kita memburukkan ejen-ejen lain walaupun kita tahu siapa yang terbaik kalau bukan anakedah ent.

      Cukup dengan mukadimah ringkas entri kali ini berkisar dengan kerja yang saya lakukan di ladang anggur. Untuk pengetahuan pembaca apabila anda pasang niat untuk bekerja di sini. Anda perlu paham yang anda tidak akan kerja penuh 365 hari setahun. Kenapa saya katakan bukan 365hari kerana kita akan ada cuti hujan , cuti-cuti am , cuti yang diberi oleh farmer dan tempoh berehat ketika peralihan musim buah. Jadi secara kasarnya kita akan bekerja selama 10 bulan sahaja dalam setahun dan pada ketika itu janganlah kita malas untuk pergi kerja tetapi mesti kerja kuat. Ingat balik pada tujuan asal kita ketika ke sini iaitu mencari rezeki.

      Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini , saya perhatikan ada 2 waktu yang kita susah nak buat duit iaitu ketika cuaca terlalu panas dan ketika cuaca terlalu sejuk. Sebagai contoh , kerja pada Bulan December sedikit susah berbanding bulan lain kerana selalu cuti dan kerja separuh hari disebabkan cuaca yang terlalu panas. Cuaca di sini ketika musim panas boleh jejak 46 darjah celcious. Sangat panas kan. Walaubagaimanapun bagi mereka yang datang ketika bulan December anda tidak perlu patah semangat kerana anda boleh cover balik ketika musim petik buah yang bermula pada Januari.

         Kerja apa yang ada di ladang anggur ketika December? Macam-macam ada antaranya adalah bunch trimming , leaf plucking dan covering dan bayaran nya adalah secara kontrak. Kalau masih tidak faham apakah itu bayaran secara kontrak rajin-rajin lah baca entri sebelum ini.

      Boleh buat duit tak pada bulan December? ada job yang boleh buat duit seperti covering tetapi berbalik kepada penerangan saya di atas tadi kerana cuaca terlalu panas graf duit turut menurun.
Buah anggur sudah keluar.

        Bagi persiapan untuk musim petik anggur yang akan bermula bulan hadapan , saya memerlukan kira-kira 80 orang pekerja. Jadi bagi mereka yang berminat dan serius sahaja boleh terus hubungi saya atau mana-mana ejen yang berhubung dengan saya. Anda tidak perlu risau dengan isu kerja sepanjang anda berada di australia kerana saya yang bertanggungjawab untuk urusan kerja , tempat tinggal dan pengangkutan. Saya adalah kawan anda di sini.

      Ada projek-projek lain yang menanti tetapi di sebabkan kekurangan tenaga kerja saya terpaksa tangguh dahulu seperti kerja sayur di Sale , Melbourne. Persiapan untuk kerja Epal dan Tomato di shepparton dan di Perth bagi kerja kacang , tomato dan strawberri. Bagi mereka yang telah pun berada di australia tetapi menghadapi masalah dengan kerja ataupun kontraktor anda boleh hubungi saya untuk sebarang pendapat.

          Cukup setakat ini sahaja entri kali ini. Bagi mereka yang masih tidak yakin akan kerja di australia boleh terus berhubung dengan saya. Tetapi tolong ingat nasihat saya yang pertama , kalau anda sudah stabil hidup di malaysia tak perlulah datang sini untuk sakitkan badan sendiri dan yang kedua adalah jangan sesekali berhutang untuk ke sini. Januari tahun hadapan dividen asb akan keluar jadi pakai duit tu untuk kesini. Kalau anda MANJA dan KERAS KEPALA ini bukan tempat anda. Sekian.



Fadhil
+60182688353

ataupun boleh hubungi pengantin baru ,

En.Syafiq
+60195181744

ataupun boleh hubungi mana-mana wakil ANAKEDAH ENTERPRISE

   

Friday, 29 August 2014

Ground situation in Australia.





       Assalamualaikum kepada pembaca blog. Musim sejuk baru sahaja habis minggu lepas , jadi suhu dan cuaca telah bertukar ke tahap selesa untuk bekerja. Banyak jenis kerja juga sudah bermula di ladang-ladang. Maka bertambah orang-orang dari malaysia masuk ke australia dengan niat mencari rezeki lebih di bumi orang.

    Saya juga ada membuka peluang untuk rakan-rakan datang dan bekerja di tempat saya atau bersama kumpulan saya. Selama saya jalankan aktiviti pengambilan pekerja ini , boleh dikatakan 90 peratus daripada pekerja adalah kaum melayu. Macam-macam kerenah orang yang saya jumpa dan perlu hadap.

      Kadang-kadang sampai saya tertanya-tanya , mampukah kaum saya sendiri belajar menyesuai diri di sini dengan kerja ladang? Boleh tak mereka tahan kerja di bawah panas terik , ada kerja yang kena mencangkung sepanjang waktu kerja , tekanan daripada bos atau supervisor, kena bangun awal pagi dan balik lambat, kena masak sendiri, kena kerja hari-hari , hormat orang lain samaada sesama orang kita mahu pun bangsa lain, kerjasama dan ikut peraturan.

        Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembik , masuk kandang kerbau menguak. Sangat penting untuk anda belaja menyesuaikan diri di sini dan lagi cepat lagi bagus. Letak dalam kepala yang kita datang sini untuk bekerja dan setiap daripada kita bermula dari kosong. Cari pengalaman sebanyak mungkin bukan sahaja untuk kerja tetapi juga dalam hidup kita. Tanam sifat positif dalam diri fikir kan kalau orang lain boleh buat kenapa tidak kita.

      Saya pun bermula daripada bawah. Sama seperti anda dan benda yang bakal anda lalui dekat sini semua saya dh rasa. Kesimpulan nya kalau anda bukan seorang yang cekal dan tabah mungkin tak lama anda di sini.

      Untuk pengambilan selepas ini saya akan pilih sendiri sesiapa yang nak datang bekerja di sini. Bukan seperti sebelum ini. Saya cuma mahukan yang berkualiti dan memang mahu bekerja bukan honeymoon dekat sini. Ingat betul-betul ini KERJA LADANG bukan kerja senang macam buat kuih. Jika anda rasa anda tidak boleh ikut nasihat saya , sini bukan tempat anda.

        Kali ini saya akan jelaskan antara isu-isu berbangkit disini. Sewa dekat sini perlu baya dulu ke? Tak boleh ke potong gaji? Tidak boleh. Amda di malaysia kalau nak sewa rumah boleh tak anda duduk dulu rumah dan pada hujung bulan baru bayar sewa? Sama macam di sini. Rumah atau kabin perlu di bayar sewa beserta seminggu deposit baru boleh tinggal.

      Makanan semua di sediakan atau tidak? Minta maaf tiada chef di sediakan. Anda perlu beli barang sendiri dan masak sendiri. Bajet untuk seminggu adalah 50dollar. Macam mana pula tentang periuk dan pinggan mangkuk? Tidak disediakan juga. Kalau anda boleh kongsi dengan kawan-kawan lain lagi bagus.

      Penginapan macam mana? Duduk campur atau asing? Bergantung kepada kekosongan dan pada kebiasaan nya rumah akan duduk campur lelaki dan perempuan melainkan ada kekosongan baru akan dikumpukan perempuan di dalam satu rumah.. Satu rumah bukan satu bilik. Lelaki bilik lain perempuan lain. Dan kalau dah duduk serumah semestinya dapur , ruang tamu dan toilet akan di kongsi. Begitu juga jika tinggal di kabin..bilik lelaki tidak sama dengan perempuan ,dapur kongsi dan toilet kebiasaannya asing.

     Berapa banyak duit sebenarnya yang perlu saya bawa? 500AUD sekurang-kurangnya yang mana saya sendiri ketika mula-mula datang dulu bawak 1200AUD. Kenapa saya cakap 500dollar sebab duit tu untuk bekalan anda sementara tunggu gaji pertama. Anda perlu bayar sewa rumah beserta deposit, deposit transport sekiranya ada , duit tambang anda untuk anda tiba ke tmpat penginapan dan barang-barang keperluan anda. Jadi ingat! Mesti ada sekurang-kurangnya 500AUD.

      Tolong jangan tanya soalan mengarut dekat saya samaada melalui email atau whatsapp. Cuba belajar dan buat sedikit research sendiri. Dalam entri saya sebelum ini pun sudah banyak maklumat yang saya kongsi dan akan ada lagi entri yang akan saya kongsikan. Jangan lah terlalu malas tak kan sampai makan pun nak saya suap kan.

       Segala yuran yang dikenakan adalah yuran pengurusan untuk kerja saya dan ejen-ejen di malaysia. Yuran ini juga bertujuan supaya anda lebih menghargai kerja anda dan datang bekerja bukan honeymoon. Anggap lah tempat saya ni satu platform bagi anda untuk merasai suasana bekerja di sini. Anda juga boleh datang di sini sama ada bersama saya atau tidak. Terpulang atas anda.

     Akhir kata , jika kita mahukan sesuatu hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih. Please , no more excuses.


sekian,

Fadhil +60182688353

   
   

Monday, 18 August 2014

PETIK STRAWBERRI DI PERTH









        Bismillahirahmanirahim , masih belum terlambat kiranya bagi pihak saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya dengan ini ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada keluarga , sahabat handai dan buat sesiapa yang mengenali diri ini.

     Entri kali ini berkisar tentang peluang kerja bagi bulan september hingga penghujung tahun ini. Seperti pembaca sedia maklum saya di sini sedang menyiapkan kerja rolling di ladang anggur. Hanya tinggal satu sahaja ladang yang masih mempunyai kerja di Robinvale dan kerja rolling ini dijangka habis kira-kira 3 minggu dari sekarang. Setelah selesai kerja di sini ,semua pekerja akan beransur keluar dari Robinvale bagi mencari kerja baru sementara menunggu pokok anggur untuk berbuah. Semua akan berpecah ke tempat-tempat seperti di Queensland , Perth , Darwin atau  di sekitar Victoria.

      Kumpulan kami pula akan berpecah kepada dua kumpulan yang mana kumpulan pertama akan ke Perth untuk kerja strawberri manakala kumpulan berikutnya akan terus ke Coff Harbor, Queensland untuk kerja blueberry. Entri kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai Perth & Strawberri.

     Musim strawberri di Perth telah bermula iaitu pada bulan ogos hingga disember. Kerja yang ditawarkan pula adalah petik strawberri di salah satu ladang kami di sana.

      Gaji atau upah bagi kerja ini terdapat dua jenis iaitu secara kontrak atau bayaran mengikut jam. Bayaran secara kontrak ialah AUD$ 2.10 bagi sekotak strawberri yang seberat 3KG. Manakala bayaran mengikut jam pula adalah AUD$13 untuk sejam anda bekerja. Bagi mereka yang kali pertama tiba di ladang , anda akan dibayar mengikut jam. Sama seperti kebanyakan kerja ladang di australia , anda mestilah cepat dan berdisiplin sepanjang anda bekerja.

      Penginapan pula akan dikenakan sebanyak AUD$90 seminggu dan akan ditolak daripada gaji anda. Namun begitu anda dikehendaki untuk membayar seminggu sewa terlebih dahulu (AUD$90) berserta sejumlah deposit sebelum dibenarkan tinggal. Bagi pengangkutan pula , kami akan sediakan untuk anda bergerak ke tempat kerja dan bayarannya adalah AUD$7 untuk sehari yang mana akan ditolak daripada gaji anda.

Keadaan ladang strawberri.


     Lokasi kami ialah di kawasan Wanneroo yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar. Bagi mereka yang datang terus dari Malaysia , anda boleh rujuk tips-tips untuk lepas immi di entri sebelum ini. Anda mestilah ada sedikit pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Perth bagi memudahkan anda menjawab soalan daripada pihak immi. Nasihat saya ,anda perlulah rajin-rajin membaca dan mencari di internet. Anda tidak perlu risau dengan pihak immi asalkan anda mengikut segala nasihat yang di beri.

     Setelah selesai urusan anda dengan pihak immi , anda boleh terus ke terminal 3 bagi mendapatkan bas ke pusat bandar. Perhentian bas terletak di Brearley Ave dan anda perlu naik bas bernombor 40 untuk ke Esplanade iaitu destinasi terakhir bas tersebut. Jarak perjalanan adalah sekitar 42 minit dan tambang hanyalah AUD$6. Bas ini bergerak setiap sejam , bagi maklumat lanjut anda boleh merujuk pada laman web transperth.wa.gov.au .

      Setibanya anda di esplanade(pusat bandar) , anda boleh terus ke backpackers atau hotel yang telah ditempah. Anda boleh berehat selama sehari dua dan ambil masa untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Perth. Pada hari berikutnya anda boleh terus ke Esplanade Platform 1 dan dapatkan kereta api ke Whitford Station. Masa perjalanan adalah 22 minit dan kekerapannya 15 minit sekali. Kos untuk ke sana hanyalah AUD$6.

      Setelah sampai di Whitford Station , anda perlu menaiki bas ke Wanneroo Rd yang mana jarak nya sekitar 14 minit. Sampai sahaja di sana pihak kami akan ambil anda.

      Buat masa ini bos saya memerlukan sekitar 80 orang untuk bekerja di ladang ini. Tempat adalah terhad kerana ramai orang berpusu-pusu mencari kerja di sekitar Perth. Pihak kami akan tutup pengambilan di Perth seandainya orang sudah mencukupi dan akan dihantar ke Coff Harbour bagi kerja blueberry. Bagi mereka yang berhasrat untuk datang boleh hubungi kawan saya di malaysia En. Syafiq untuk sebarang pertanyaan lanjut. Saya galakkan kepada pembaca yang ingin mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan dan yang ingin menjana pendapatan agar merebut peluang ini. Terutamanya bagi golongan muda yang tersepit dengan taraf hidup di Malaysia.

        Sekian sahaja untuk entri kali ini. Akhir kata Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. :)


Infokerjaladangaustralia@gmail.com
www.facebook.com/petikbuahdiaustralia

Fadhil
+60182688353

Syafiq@Tom
+60195181744( call dan whatsapp)

Saturday, 5 July 2014

JENIS VISA YANG BIASA DIGUNAKAN.






     Assalamualaikum.. Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua. Saya bersama team di sini akn menyambut hari raya di bumi kangaroo untuk tahun pertama. Pada entri kali ini saya akan bercerita tentang jenis-jenis visa yg common di kalangan rakyat malaysia di sini. Saya harap para pembaca boleh fahami secara jelas tentang jenis visa jika anda berminat untuk datang dan bekerja di sini.

1.     Visitor visa (visa melancong)


  • Visa ini sah untuk setahun dari tarikh di cetak tetapi kita hanya dibenarkan untuk tinggal di australia selama 3 bulan sahaja untuk sekali masuk. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk memperbaharui visa anda jika anda berhajat untuk datang lagi ke australia selagi tempoh visa anda sah.
  • Anda boleh dapatkan visa ini di mana-mana travel agency dengan harga di antara RM50 ke RM100.
  • Visa yang paling common di kalangan pekerja ladang di sini tetapi jangan salah faham kerana di bawah visa ini kita tidak dibenarkan untuk bekerja sama sekali.
  • Selepas tempoh 3 bulan , status anda adalah illegal dan jika anda di tahan oleh pihak immigration anda akan di hantar pulang dan tidak dibenarkan untuk masuk ke australia selama 3 tahun. 
  • Saya juga menggunakan visa ini dan sekarang saya sudah overstay dan dikira haram untuk tinggal di sini begitu juga dengan kebanyakan rakyat malaysia di sini.
  • Anda tidak perlu risau tentang serbuan oleh pihak immi asalkan anda ikut nasihat orang lama di sini dan jangan sesekali melanggar peraturan. Jaga adab anda jika anda tinggal di bandar-bandar seperti jangan buat bising hingga menganggu jiran-jiran anda.
  • Bagi mereka yang datang dan bekerja bersama saya ,anda tidak perlu risau kerana kita tinggal di farm-farm yang mana pihak ladang tidak akan suka hati membenarkan immi masuk ke ladang tanpa sebarang waran. Sebab jika kita tiada , kerja-kerja di ladang yang berlambak siapa nak buat.
  • Ada juga yang bertanya 'adakah kita akan di penjara jika di tahan? Ada masalah ke kalau kita nak pulang ke malaysia?'.. Bagi mereka yang ditahan dalam serbuan anda akan ditahan di pusat tahanan dan bukan penjara. Segala makanan dan tempat tinggal di sediakan sementara menunggu sebarang dokumen untuk anda pulang siap. Ada yang ambil masa selama 2 hari ke 3 minggu. Tetapi jika anda berhajat untuk pulang ke malaysia anda hanya perlu beli tiket flight dan jangan risau apa-apa. Anda tidak dibenarkan lagi untuk masuk australia selama 3 tahun. Mereka lagi suka anda pulang.



Contoh Visa Melancong


2.        Working Holiday Visa


  • Tempoh dibenarkan untuk bekerja dan tinggal adalah selama setahun.
  • Khas bagi orang muda yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun untuk bekerja dan tinggal di australia.
  • Namun bukan senang untuk kita dapat visa ini kerana setiap negara ada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan australia iaitu bagi rakyat malaysia hanya sebanyak 100 orang setahun. Tetapi setiap tahun beribu permohonan di terima jadi untuk dapatkan visa ini mereka akan disaring terlebih dahulu
  • Anda mesti memiliki ijazah jika anda berminat untuk memohon dan sebarang permohonan hanya boleh dilakukan ketika pengambilan di buka iaitu sekitar januari setiap tahun.
  • Ramai yang bertanya tentang visa ini dan jawapan saya anda perlu mohon sendiri sebab saya pun menggunakan visa pelancong. Bukan senang nak dapat dan saya tak jumpa lagi rakyat malaysia di ladang yang menggunakan visa ini.



3.       Student Visa


  • Untuk tujuan belajar dan tempoh visa bergantung kepada tempoh pengajian anda.
  • Anda mestilah dapatkan surat tawaran daripada kolej atau universiti dan perlu siap kan dokumen yang diperlukan seperti pemeriksaan kesihatan sebelum anda layak untuk dapatkan visa ini.
  • Walaubagaimanapun jika anda ingin dapatkan visa ini tetapi anda berhajat untuk bekerja terdapat cara untuk dapatkan visa ini. Anda hanya perlu berjumpa dengan education consultant dan siapkan dokumen yang diperlukan. Caj akan dikenanakan sekitar AUD$2500 untuk pendaftaran dan upah ejen. Manakala setiap bulan anda perlu bayar sebanyak AUD$500 untuk yuran bulanan. Subjek yang dipilih kebiasaan nya adalah language subject. Anda perlu hadir ke kelas seminggu sekali dan hari-hari lain anda boleh bekerja di bandar.
  • Manfaat yang anda dapat daripada visa ini membolehakan anda bebas bekerja selagi visa anda masih sah dan anda akan dapat bayaran lebih tinggi berbanding mereka yang haram.
  • Bagi mereka yang berminat tetapi tiada duit anda boleh datang dan bekerja dulu dengan saya di ladang bagi kumpul modal.
  • Sila ambil perhatian . SAYA TIDAK AKAN URUSKAN SEBARANG URUSAN BAGI DAPATKAN STUDENT VISA. 



4.      Working Permit


  • Anda mestilah dapatkan kerja dulu daripada mana-mana syarikat dan urusan permit kerja semuanya akan diuruskan oleh majikan.
  • Permit Kerja hanya di keluarkan untuk sesetengah bidang sahaja iaitu bidang-bidang yang kekurangan tenaga kerja dan dikehendaki oleh kerajaan Australia.
  • Kebanyakannya hanya kerja-kerja dalam bidang professional sahaja yang diperlukan
  • Yang paling penting TIADA SEBARANG PERMIT KERJA DIKELUARKAN UNTUK SEKTOR PELADANGAN.





      Itu sahaja jenis-jenis visa yang saya biasa dengar. Saya nasihatkan pada yang berminat untuk bekerja di sini. Anda tidak perlu pening kepala memikirkan visa apa yang perlu anda dapatkan. Ikut sahaja nasihat kami iaitu cara paling mudah Visa Pelancong. Saya faham risiko yang perlu diambil tetapi tu perkara normal untuk kebanyakan pekerja di sini. Anda tidak perlu bimbang yang paling penting niat anda baik ingin mencari rezeki di bumi ini.

      
      Bagi mereka yang berminat boleh terus hubungi kawan baik saya untuk sebarang pertanyaan lanjut ataupun boleh terus hubungi saya. Salam ramadhan dan Selamat berpuasa.

Fadhil
+0182688353

Mr.Tom(Malaysia)
+60195181744

Saturday, 14 June 2014

kerja..kerja ...kerja...

    






        Kerja...kerja...kerja.. Apa kerja yang ada sekarang? Okay kerja yang ada sekarang adalah kerja pruning anggur iaitu rolling dan pulling. Untuk bulan 8 pula sy akan bergerak sama ada ke blueberry ataupun strawberri. Entri kali ini sy akan terangkan serba sedikit apa kerja yang akan anda buat jika anda berhajat untuk datang dalam masa terdekat.

       Untuk prunning anggur kerja yang ada adalah pulling dan rolling. Kedua-dua nya adalah kerja yang berbeza dan bayaran yang berbeza. Setelah musim anggur tamat tiada lagi aktiviti picking sebaliknya bermula kerja-kerja prunning. Covering(kanvas putih yang digunakan untuk melindungi pokok anggur) akan di buka dan pada ketika ini daun sudah mula gugur dan hanya tinggal ranting sahaja. Kemudian akan ada orang potong dahan-dahan yang tak akan digunakan lagi cuma dahan baru yang akan berbuah sahaja di tinggalkan. Kebiasaan nya orang yang mahir sahaja di benarkan untuk buat kerja ini.


Tempat sy bekerja


     Kemudian bermula lah kerja pulling. Apa yang anda perlu lakukan hanya lah menarik ranting-ranting lama yang sudah dipotong. Bayaran untuk satu pokok berbeza mengikut farm sekitar 25sen ke 35sen sepokok. Kerja ini memerlukan fizikal yang tak terlalu pendek dan mesti lasak. Secara purata sy boleh dapat sekitar 300 ke 500 pokok sehari. Perempuan tidak sesuai untuk kerja ini.



Pokok anggur sebelum kerja pulling dijalankan.




Keadaan pokok selepas kerja pulling.

     Setelah selesai pulling , team rolling akan ambil alih. Kerja rolling mudah sahaja iaitu mereka perlu melilit dahan baru pada dawai. Bayaran untuk sepokok berbeza mengikut farn iaitu sekitar 90sen ke AUD$1.20. Kerja ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang penting anda mesti lah rajin.




Setelah selesai kerja rolling.


     Selesai sahaja kerja prunning. Sy akan bergerak ke queensland( coff harbour) untuk kerja picking blueberry. Bayaran untuk kerja ini berdasarkan kontrak iaitu AUD$4 ke AUD$5 bagi 1 bucket. Berat bg 1 bucket penub adalah 2kg. Jika anda laju banyak gaji yang bakal anda terima. Kebanyakan kerja di australia memerlukan kita untuk cepat tidak kira lah samaada picking atau prunning. Gaji anda bergantung pada berapa anda buat. Jika mahu banyak buat lah banyak. Anda perlu contohi orang-orang yang rajin dan bersungguh-sungguh buat kerja.



Pokok blueberry di coff harbour.



         Kerja di australia ada sepanjang tahun dan banyak pilihan yang anda boleh pilih seperti sayur , oren , epal , tomato, strawberry , anggur dan banyak lagi. Semuanya terpulang atas anda perkara penting yang mesti anda tahu adalah anda kena cepat. Setiap kerja menjanjikan bayaran yang lumayan tetapi anda mesti belajar dan mahir dulu teknik kerja di sesuatu tempat baru anda boleh buat duit. Nasihat sy anda kena bagi masa untuk diri anda. Jangan bila sampai sahaja di sini anda terus nak dapat AUD$800. Belajar dulu.



Saiz 1 bucket penuh blueberry.

    Bagi mereka yang berminat untuk datang ke sini , anda boleh terus hubungi kawan baik sy iaitu Mr.Tom untuk sebarang pertanyaan. Dia akan menguruskan segala urusan untuk anda ke sini seperti tiket flight , visa dan hotel. Dia juga akan memberi khidmat nasihat tentang bagaimana nak lepas immi dan bermacam-macam lagi. Manakala sy akan uruskan bahagaian tempat tinggal , transport dan kerja. Bulan puasa hampir tiba dan kemudiannya raya ,sy menjangkakan ramai sahabat akan datang ke sini selepas raya. Fikir dulu masak-masak sama ada keputusan anda untuk datang ke sini berbaloi atau tidak. 

     Satu peringatan atau nasihat penting. Jika anda sudah stabil di malaysia atau memiliki income RM4000 ke atas. Tak perlu lah ke mari sebaliknya cuba berjimat. Jangan sesekali berhutang untuk ke sini. Kumpul la duit sedikit demi sedikit insyaallah mesti cukup. Kepada graduan yang belum mendapat kerja apa kata anda mencuba pengalaman baru. Akhir kata , ingatlah bukan senang nak senang , bukan susah untuk susah. Anda yang tentukan. Sekian

+60182688353
Fadhil

Atau boleh hubungi
+60195181744
Mr.Tom (malaysia)

Sunday, 1 June 2014

cerita ketika hujan.

         




            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni ladang tempat sy cuti sebab hujan jadi boleh la sy gunakan masa yang terluang ini untuk update blog ni. Memang adat kerja farm kalau hujan tu la cuti kita. Kalau tak memang kerja sahaja. Bak kata otai kat sini kita sebenarnya dalam setahun hanya bekerja 10 bulan sahaja. Selebihnya cuti hujan atau pun cuti-cuti lain. Jadi kita kena manfaatkan masa kerja kita. Kena kerja bersungguh-sungguh dan yang penting jangan malas. Saya kagum dengan semangat dan kerajinan orang cina dekat sini sememangnya mereka contoh yang baik tapi sebaliknya berlaku di kalangan kaum saya , pergi ke ladang banyak bersembang banyak duduk kerja pun buat ala kadar sahaja tapi bila gaji sikit mula la mahu bising. Cakap bukan main hebat tapi apa pun tak ada.

          Salah satu tips yang sy boleh kongsikan dekat sini adalah jangan berfikiran negatif. Banyak sangat dah contoh yang sy tengok di sekeliling sy. Bila sorang tu tak boleh buat kerja yang sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dia akan mula menyalahkan keadaan dan meracun fikiran orang lain. Kesian dekat kawan-kawan lain yang nk bekerja. Dekat sini kita kena kekal positif dan kuatkan hati.

           Normal kalau siapa yang baru di sini akan rasa ' down ' untuk first week. Sebab apa sy ckp mcm ni sebab kebanykan yang smpai di sini mana penah kerja ladang dan ramai juga yang mempunyai pekerjaan yang bagus di malaysia. Duduk dalam office ada aircond dan pakai cantik-cantik tak macam di sini. Kerja di luar dan di bawah matahari terik kena berdiri dalam tempoh yang lama sampaikan muka dah bertukar warna(ni cerita ketika summer). Kalau sekarang ni pulak punya la sejuk pagi sampaikan nak pergi mandi pun takut dan ketika waktu kerja tangan rasa sakit sebab sejuk sangat. Ini semua hanya lah sebahagian dugaan yang perlu ditempuhi oleh setiap pekerja di sini. Sebab tu kita di sini perlu berfikiran positif dan kental di bumi kangaroo ni.

         Banyak benda yang orang masih tak paham tentang australia dan cara hidup di sini.. Antara nya adalah isu gaji. Ramai ejen yang sibuk mencanang ' abang kalau kerja kat australia mesti abang boleh dapat 10k sebulan ataupun 12k sebulan ' , saya tak nafikan memang ada orang boleh dapat banyak tu tapi kebiasaanya orang-orang lama yang dah buat kerja ladang ni bertahun-tahun dan dah mahir dengan trick kerja ni. Tak seperti kita orang baru yang sememangnya ladang tu tempat yang asing untuk kita. Saya sentiasa terangkan gaji semua bergantung atas kemampuan diri kalau anda rajin banyak la yang anda dapat dan sy tak akan janjikan anda gaji yang besar sebab sy tak suka bagi harapan pada orang. Ramai juga saya jumpa orang yang bayar ejen mahal-mahal sampai 5k pun ada dan dijanji kan mcm-mcm tetapi bila smpai disini semua tu indah khabar dari rupa. Janji kerja hourly 15aud sejam dan boleh dapat sampai 12k sebulan tapi hakikat nya gaji contract dan nak dapat 8k sebulan pun susah.Bila dah rasa diri ditipu mula la salahkan ejen habis semua ejen yang nak cari rezeki terkena.. jangan salahkan orang lain , salahkan diri sendiri dulu.

          Tujuan saya buat blog ni adalah bagi membuka ruang untuk siapa-siapa yang berminat untuk kerja di sini yang mana blog ini anda boleh jadikan tempat untuk dapatkan info sebanyak mungkin disamping sebagai duit tepi sy. Ya sy seorang ejen dan juga seorang pekerja biasa di australia seperti mana kebanyakan orang. Bagi mereka yang berminat untuk kerja anda akan bekerja dengan team sy dan anda di bawah tanggungjawab sy. Sy tak akan hantar anda ke tempat lain dan sy akan guide anda sepanjang disini. Adakah sy kenakan charge di atas khidmat sy ni? Ya , sebab sy akan guide anda step by step sehingga anda ke tempat sy dan sy akan uruskan penginapan dan pengangkutan anda sepanjang anda di sini. Anda hanya datang sini dan bekerja. Tak perlu rungsing pasal perkara lain. Ini juga salah satu cara supaya bakal-bakal pekerja akan lebih menghargai kerja dan info yang diberi dan bersikap serius. Bagi yang betul-betul minat sahaja yang sy akan layan. Okay untuk khidmat booking tiket flight dan hotel sy tak akan uruskan tetapi sy akan bgi cadangan yang mana yang terbaik.

           Terdapat isu juga bila mana sy minta bakal-bakal pekerja untuk buat pembayaran terus  melalui bank di malaysia. Biar saya terangkan keadaan sy. Sebaik sahaja anda sahkan yang anda akan datang ke sini sy perlu pastikan tempat tinggal , pengangkutan dan juga kerja anda diurus. sy tak mahu pisang berbuah dua kali sebab sebelum ni pernah terjadi yang mana ada 2 orang dari kedah cakap nak datang dan bagi tarikh smpai ke melbourne. Jadi sy uruskan semua sekali tapi bila sampai tarikh tu dorg berdua terus senyap dan saya dpt tahu yg dorg ke tempat lain. Sy la yg buang masa uruskan semua benda dan kena bising dengan bos lagi. Untuk protect pihak sy , sy ambil keputusan semua pembayaran mestilah di selesaikan di malaysia.

         Seperkara lagi isu yang selalu di bangkitkan.. berapa kos keseluruhan yang perlu disediakan? Kebiasaanya kos yang diperlukan hanya sekitar RM4K hingga RM6K sahaja. Tak perlu nak simpan duit sampai RM8K untuk datang sini.  Kos yang diperlukan hanyalah sekitar RM5000. Sy tak mahu anda berhutang untuk datang ke sini sebaliknya rancang bila anda nak datang dan kumpul la duit secukupnya. 

         Bagi mereka yang stabil di malaysia seperti kerja dengan kerajaan ataupun sudah memiliki pendapatan tetap sekitar RM4000 ke atas sy tak galakkan anda untuk datang. Hargailah kerja anda melainkan anda seorang yang sudah bosan dengan kerja anda dan mahukan cabaran baru , anda dialu-alukan. Sy amat galakkan pada golongan muda untuk datang dan menimba pengalaman baru di sini. Datang la sini untuk 2 atau 3 tahun dan sekurang-kurangnya apabila pulang nnti anda dah mempunyai sedikit modal untuk mulakan sebarang perniagaan. Anda sendiri arif tentang situasi di malaysia terutama bagi golongan muda yang tersepit di tengah-tengah kenaikan kos. Duit gaji dihabiskan untuk perbelanjaan sahaja tapi untuk simpanan amat sedikit. Nak kumpul duit untuk kahwin pun susah. Pada graduan yang belum mendapat kerja datang lah ke sini walaupun anda sekadar kerja kebun tetapi macam-macam yang anda akan belajar dan sekurang-kurangnya menambah duit poket daripada duduk di rumah menunggu kerja idaman. Ingat kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang kemudian.


Kedai vietnam yang banyak jual barang keperluan dari malaysia


        'Bro, susah ke kita sebagai org islam nak duduk sana.? Makan? Solat? ' ..okay untuk makan kita di sini akan masak sendiri samaada di rumah atau cabin dan barang-barang keperluan kita boleh dapatkan di pasaraya di pekan. Semua nya lengkap dan amat mudah kalau nk cari bahan-bahan untuk masakan melayu. Jadi anda tak perlu risau. Pada yang tak pandai masak , tak mengapa ada banyak sifu dekat sini yang boleh tunjuk ajar asalkan ada sikap mahu belajar dan tak malas. Kos untuk beli barang setiap minggu adalah sekitar AUD50 seorang tetapi jika hendak berjimat anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain. Lumrah hidup sy dekat sini bila gaji , gaji minggu lepas tak habis sudah dapat gaji minggu baru sebab jarang berbelanja tak seperti di malaysia. Gaji baru dapat tak sampai seminggu sudah habis. Mana boleh simpan.


Pekan cowboy robinvale


         Cukuplah pada entry kali ini. Sy harap perkongsian kali ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca. Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi sy.sekian


infokerjaladangaustralia.gmail.com
+60182688353
Fadhil

atau partner sy 
Mr.Tom
0195181744
     

    

      

Tuesday, 27 May 2014

a to z punya hal di australia.

    

Pemandangan ladang anggur bulan may



         Assalamualaikum..pada entry kali ini sy nak berkongsi step2 untuk rakan yg brhajat untuk dtg ke sini. Ramai org tanya ' bang , mcm mana nk pergi sana? ... kerja nk apply mcm mana?.. apa sy nak buat dulu? ....visa dan tiket pulak?... ' macam2 la soalan yg keluar dan sy trpaksa jwb soalan yg sama setiap kali org baru nak datang..bagi memudahkan sy dan bakal pekerja sy akn terangkan dlm entry kali ini.

      Okay , kepada sesiapa yang berminat nak datang first step kena hubungi sy dulu supaya sy boleh terangkan skop kerja yg anda boleh buat dan ada kekosongan.. macam mana nak hubungi sy? Anda boleh hubungi melalui email infokerjaladangaustralia@gmail.com ataupun call sy terus +61401192160 ataupun paling senang whatsapp sy +60197118724. Selalunya bila sy diladang mmg susah sikit nk call.
   
      Sy nasihatkan pada anda untuk fikir masak2 sebelum buat keputusan untuk datang ke sini. Yang penting anda harus SIHAT dan BERDISIPLIN. Ada yang nak datang sini untuk 3 bulan dan ada yang memang nak duduk lama di sini. Semua terpulang atas kehendak masing2. Sebab tujuan kita di sini hanya DUIT. Kalau tak , lebih baik kerja di malaysia.

      Perkara pertama yang perlu dibuat adalah cari tarikh yang sesuai ambil harga tiket yang paling murah. Ramai juga yg tanya sy mcm mana nak booking tiket dan minta tolong sy bookingkn. Sy minta maaf sangat2 sbb booking tiket dan hotel anda sendiri kena uruskan. Anda boleh book kat sini.. https://booking.airasia.com/ .. nak book pulak kalau tak ada kad kredit anda boleh pakai kad bank anda yang kebanyakan nya kad debit.. Bila dah selesai itenerary akan dihantar ke email anda dan print siap2. Cukup senang sbb dunia di hujung jari. Tapi masih ada orang yang tanya mcm mana nk booking . Tak apa la kalau nak cara paling senang anda boleh terus ke mana2 travel agency minta tolong mereka buatkan. Untuk visa pula sy cadangkan anda buat kat travel agency. Apa yang diperlukan adalah passport sahaja. Charge untuk holiday visa berbeza mengikut agency yang kebiasaanya sekitar RM50 ke RM100. Holiday visa sah untuk setahun dari tarikh dikeluarkan tetapi anda hanya dibenarkan untuk tinggal selama 3 bulan sahaja.

       Tiket yang dibeli pula sy nasihatkan ambil jarak selama 5 hari ke seminggu untuk tiket balik contohnya pergi 20 may balik 27 may .. sebab untuk senang lepas immi. Tapi jgn risau kalau anda sayangkan tiket balik tu setibanya anda disini anda boleh hubungi airasia untuk tangguhkan tiket balik sehingga tarikh yg anda mahukan. Charge akan dikenakan.

    


Holiday visa di australia

       Bila dah smpai sini mana nak tido? Anda boleh book hotel ataupun backpackers untuk semalam.range harga untuk backpackers adalah 30aud ke 50aud seorang. Anda boleh google cheap accomodation in melbourne.. banyak pilihan yang boleh dipilih. Cadangan saya book hotel yang berdekatan dengan southern cross station(stesen kereta api) supaya senang untuk anda bergerak ke tempat sy.

   Berikut sy sertakan link untuk penginapan.. 
          www.hostelbookers.com/.../melbourne/
          www.ibis.com/gb/australia/index.shtml
          www.omadsworld.com
  
       Setelah siap booking hotel anda kena print booking slip supaya senang nak tunjuk pada immi. Seterusnya anda siapkan barang keperluan anda dan dinasihatkan jangan bawa banyak beg. Cukup la sekadar satu beg besar dan satu beg kecik. Bawa baju sekadar untuk pakai 7 hari kerana kalau anda bawa terlalu banyak baju kemungkinan besar lama anda akan ditahan di immi. Maklumlah cakap nak stay untuk seminggu tapi barang2 mcm nak duduk sebulan. Oleh kerana sekarang ni nak masuk musim sejuk digalakkan anda bawa satu jacket tebal sebagai persiapan. Beli apa yang patut. Bila nak bertolak nanti pakai la pakaian yang cantik dan kemas buat macam kita ni berduit.

        Setelah selesai semua sekali anda kena pesan dekat family terdekat dan kawan2 anda yang anda akan ke australia. anda kena pakat dengan mereka takut immi australia call dorg tanya apa niat anda nak ke sini. Pernah jadi pada kenalan saya bila dia kena tahan dengan immi , immi terus call isteri kawan sy untuk mngesahkan maklumat yang kawan sy ni datang hnya untuk melancong. Nasib baik kawan sy dah pakat dengan isteri die. Kalau tak memang dijemput pulang. Kalau anda nk ' berkenalan ' dengan immi australia boleh la taip ' border security australia ' .. kat situ anda boleh tengok bertapa ketatnya nak masuk australia.. tapi anda jangan risau asalkan anda ikut nasihat sy seperti dalam entri sebelum ni insyaallah tiada masalah.

        Persiapan mental pun penting untung datang kat sini. Anda kena kuat semangat dan rajin. Jangan risau di sini ramai masyarakat melayu dan ahli kumpulan saya terdiri daripada melayu. Kita kena sokong satu sama lain di sini. Bagi anda yang bakal datang jangan risau anda akan bekerja sekali dengan saya. Sy akan guide anda sepanjang di sini. Jika anda berada di australia , adalah sangat penting untuk anda jaga kesihatan di sini. Maklumlah kos perubatan di sini teramat la mahal. Nanti kerja penat2 habis dekat klinik. Kalau nak cabut sebatang gigi pun dh kos 200aud bersamaan RM600.

        Sebelum bertolak sy galakkan anda buat research serba sedikit tentang australia. Contohnya tempat tarikan pelancong kat sini.. andaikata anda turun di melbourne anda boleh sebut tempat macam Great Ocean Road , Philip Island ataupun sekitar bandar melbourne seperti di victoria market. Kalau nak lagi bagus anda google cari tourist attraction in melbourne dan anda print buat nota dan bawa bersama.. kalau immi tanya tunjuk terus nota tu.

       Dalam phone anda kena delete semua tentang australia termasuk email , mesej dalam phone , facebook , whatsapp dan semua contact tentang australia termasuk nombor phone sy. Hapuskan semua bukti tentang australia. Ingat ini PENTING.. semua gambar2 ladang pun kena padam. Pihak immi sini pun pandai walaupun mesej tu dalam bahasa melayu tapi dorg ada translator. Cadangan sy anda format terus je phone. Senang.

     Yang terakhir sekali. Bagi mereka yang sudah bersetuju nk datang dan dah beli tiket boleh la buat pembayaran khidmat sy. Tujuan sy charge atas khidmat sy walaupun tak setinggi ejen lain yang charge beribu2 adalah sebagai duit kopi saya dan agar bakal pekerja akan menghargai info yang diberi biasa lah orang melayu bila diberi percuma memang tak dihargai. Anda boleh pilih untuk bayar sebanyak RM5000 atau RM2000 kepada ejen2 lain tetapi jangan marah di kemudian hari jika kerja anda sama seperti sy atau lebih teruk lagi tiada kerja. Banyak kali saya dengar isu ni kat sini. Tapi apa boleh buat duit masing2. Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi sy dan insyaallah sy akan berada di bumi kangaroo untuk 2 tahun lagi.

+60182688353
Fadhil

atau partner sy
Mr.Tom
0195181744

Monday, 12 May 2014

tips untuk lepas immi.. :)






Assalamualaikum. Pada entri kali ini saya nak berkongsi tentang tips - tips untuk melepasi immi yang mana ramai rakan - rakan selalu bertanya. Diharapkan kalian dapat manfaat dari info yang dikongsi..



1) selesaikan tiket dan visa terlebih dahulu. Tiket digalakkan beli untuk tempoh 5 ke 7 hari dan visa boleh dapat di mana2 travel agency lebih kurang rm50.

2) booking mn2 backpackers, nomad atau kings. Normal rate aud24 per night. Print out booking statement tu.

3) study sedikit sebanyak tentang melbourne supaya senang bila immi tanya kenapa nk bercuti di melbourne, apa yg menarik sgt..

4) beli kamus english malay dan australia map (pegang di tgn). Kalau rajin boleh print maklumat pasal tourist attraction di melbourne seperti great ocean rd , philips island dll

5) bawa kunci kerete atau motor yg spare pun xpe 

6) kalau blh brg2 spt kunci kereta atau motor, kamus dan map, passport dan visa di letakkan dlm beg sandang yg kecil, mudah utk dikeluarkan.

7) bawa kt bank mlysia..kalau kita x bawak bnyak duit untuk dummy immi boleh bg alasan yg kita boleh pkai kad debit kita kat sini. 

8) jgn bawa baju yg byk, cukuplah sekadar boleh di pakai dlm tempoh return tiket kita tu.

9) kalau ada kamera samada yg biasa atau dclr, bawa je.. (mcm pelancong la kan..)

10) delete smua bukti tentang kerja di australia samada dr sms, we chat, whatsapp, line, fb, email dll.. simpan no contact kenalan yg tau kita nk dtg kerja kt sini dlm email. Dan pastikan email tu x blh di access melalui smartphone kita. Kalau nk selamat format je phne..comfirm x de bukti.

11) jgn bwk sebarang bentuk tumbuhan atau haiwan walaupun key chain dr cengkerang siput. Rokok x boleh lebih 50 batang dan Tembakau x blh lbih 50g..daun tembakau jgn bawa.

12) email atau whatsapp sy bgtau nm penuh dan tarikh tiket.

13) naik flight dgn ht yg happy, jgn kusutkan otak dgn fikirkan psl immi. Tulis declaration form yg akan di edarkan kt kita sblm landing.. tulis btl2..



*suasana di tullamarine airport melbourne. 

Bila dh msk airport, terus ke kaunter immi (international) bg passport, visa dan declaration form yg kita tulis sblm landing tu.. pergi ambil luggage di tempat luggage yg pusing2 tu.. smbil2 jln tu ambil la pamplet atau brochure iklan tentang holiday atau melbourne yg disediakan kt tepi2 tu..

kemudian ada 1 check point immi, serahkan passport, visa dan declaration form tu.. ikut je lane mn yg dia arahkan kita pergi. Lane tu adlh yg terakhir sblm kita bebas. 

Last lane ni yg kena jg btl2.. gunakan smua yg sy srh bawa tu.tunjukkan passport, visa dan declaration form, flight ticket dan hotel/backpackets booking statement. Kalau immi nk check beg, tlg dia keluarkan brg2 dr beg.. sbnrnya kunci kereta atau motor tu adlh utk syco immi, bg dia bfikir yg korang xkan tinggl lm di melbourne ni.. smuanya pnuh dgn syco. Bawa bersembang dgn immi tu tentang hal2 yg buatkan dia kena berfikir utk menjawab setiap soalan yg kita tny.. dia tny 1, kita jwb 10.. dia akn check smua termasuk hp kita, jgn nk tulis2 no contact kt kertas atau kt mn2.. bila dia tny berapa jumlah duit poket kita, jwb dgn jujur.. biasanya dia xnk tgk atau pegang.. kalau dia tny ckup ke duit ni utk bercuti? Ckp je kita x bodoh utk bawa duit cash yg byk bila bercuti..tunjukkan kad bank kita, biasanya kad bank mlysia dh mmg di tulis visa atau mastercard.. ckp je dlm akaun tu dh ckup utk bercuti. . Kalau dia tny u kerja apa di mlysia, ckp je cikgu ke, business man ke..sbb mlysia ni dikenali dgn negara asia yg ramai melahirkan jutawan.. jgn ckp kerja tkng kebun atau tkng kasut dh la...sbb nk bg dia fkir yg kita ni x kisah mengenai duit.. ada tu plak yg saja je bgtau kt immi nk release tension sbb bgaduh dgn wife atau pasangan.. terpulang la, asalkan jgn bgtau bab kerja di australia. . Jgn buat muka cuak atau gabra...cool n smooth. . Jgn gagap2 jwb soalan dia.. kalau tgh berfikir utk jwb soalan dia tu, jgn guna aaaaaaa.. eerrmmm.. gantikan dgn actually atau I think.. bila dia dh ckp ok je, pack blk brg2, xperlu pack elok2 tp jgn kelam kabut... relax.. jln dgn penuh yakin dan terus keluar.. tgg bas atau amik teksi ke southern cross, jgn tgg lm2 atau melepak dpn tu.. bas ke southern cross aud16, teksi mlm aud60, siang dlm aud30.. kalau smpai tgh mlm mmg dh xde bas, ada teksi je.. sampai siang lg snang sbb immi tgh sibuk dgn org ramai dan dia xde ms nk tny kita byk soalan.. main point is, bg dia yakin... tu je.. immi ni friendly, ada yg blh bertutur bhs melayu indon.. kalau sampai mlm, blh mnta teksi hantar di backpackers atau htl yg kita book.. bgn pg2 esk pergi ke victoria market (jln kaki je sbb dkt je) cari kedai hp (barisan kedai jual brg2 dapur, bkn dlm psr..dia deretan kedai) dan beli sim card optus (kuning) dan minta cina yg jg kedai tu aktifkan utk kita, jgn buang pack sim card tu. Aktifkan email dan email sy bgtau dh sampai dan bg no tel yg br tu..kalau nk tau no br tu, taip sms bal dan hantar ke 9999. Sy akan call secepat mungkin. Bg yg landing siang hr, blh pergi by bas/teksi ke hotel/backpackers dulu..esk pg buat bnda yg sama spt sy nyatakan di atas.Slmt mendarat...mulakan dgn bismillah ...

diharapkan perkonsian kali ini dpt dimanfaatkan..jumpa di sini.

+60182688353
Fadhil

Friday, 9 May 2014

PELUANG KERJA LADANG DI AUSTRALIA



Anggur :)
 Bismillahirahmannirahim

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyelesaikan masalah rakan - rakan di malaysia yang teringin mahu berkerja di australia tetapi tidak tahu macam mana. Saya akan guide anda dengan blog ini dari a - z. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui ringkasan kerja ladang di australia


1. Peluang hanya sekali sahaja...
2. Terbuka kepada lelaki dan wanita umur antara 18 - 40 tahun
3. Bekerja di ladang sekitar Swan hill,Robinvale dan Shepparton
4. Bekerja 6 - 7 hari seminggu dengan 8 hingga 10 jam 1 hari
5. Bayaran $10 - $13 dolar/per jam ( RM30 - RM39 ) mengikut jenis kerja dan ladang
6. Gaji di bayar secara TUNAI setiap minggu pada hari SABTU

Jadi fikirkan berbaloi kah datang bekerja disini
    
Dapatkah anda mendapat gaji sebanyak di atas jika anda bekerja di Malaysia!!!
Jadi tunggu apa lagi...

Info untuk anda...

Tahukah anda bekerja sebagai pemetik buah di Australia sahaja anda mampu memperolehi pendapatan antara RM6k hingga RM8k sebulan. Gaji yang tidak mungkin anda akan dapat jika bekerja di Malaysia. Dengan hanya bekerja sebagai pemetik buah di Australia selama 8 jam hingga 10 jam sehari anda mampu mendapat pandapatan lumayan diatas. 

DiMalaysia kadar gaji minimum bagi Semenanjung adalah sebanyak RM900 (RM4.33/jam) sebulan manakala di Sabah dan Sarawak adalah sebanyak RM800 (RM3.85/jam).Berbeza dengan   di Australia, kadar sejam adalah $10 dolar - $13 dolar.jika anda bekerja 8 jam hingga 10 jam sehari anda akan mendapat RM240 - RM390 sehari & jika anda bekerja dalam sebulan anda mampu mendapat hampir RM6K - RM8K sebulan!

Di Malaysia peluang pekerjaan sangat kurang serta kos hidup yang tinggi menyebabkan kita tidak dapat menyelasaikan banyak masalah terutama melibatkan DUIT..jika anda seorang lepasan universiti atau kolej kerajaan atau swasta sudah tentu anda membuat pinjaman PTPTN dan sebagainya.Anda mesti susah dan perlu membayar hutang tersebut bejumlah puluhan ribu ringgit dan anda perlu bersaing untuk mendapat pekerjaan nanti.Ini tentu memeritkan dan memeningkan kepala anda.

Jika anda mempunyai diploma atau ijazah di Malaysia paling tinggi gaji anda akan dapat ialah RM1,800 hingga RM2,800 sahaja dalam masa sebulan.Ini belum di tolak dengan hutang-hutang anda yang lain lagi seperti sewa rumah,kereta,loan,kad kredit,bil-bil,anak sekolah,ibu bapa dan banyak lagi..Sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa kelulusan,anda memang susah untuk menanggung semua ini dengan gaji hampir RM2,000 sebulan.



Tetapi dengan kerja di Australia hanya sebagai pemetik buah sahaja anda mampu mendapat RM7 ribu sebulan.Jika anda bekerja selama 6 bulan sahaja anda mampu mendapat RM42 ribu bersamaan anda bekerja di Malaysia selama 3 tahun lebih itu pun jika anda dapat menyimpan RM1,500 sebulan.Bayangkan jika anda bekerja selama 1 tahun hingga 3 tahun,anda cuba kira kan...$$$

Anda bila lagi!!!

Kerja ladang di Australia memang bukan satu benda baru untuk orang Malaysia, dan ramai yang kerja dan tinggal di Australia lebih dari 5 tahun. Ramai yang google cari berkenaan kerja di Australia kerana pernah dengar cerita dari kawan kawan atau saudara mara. Macam macam versi cerita, bila ramai yang hanya dengar cerita itu ini, jadi la macam macam cerita dan yang pernah pergi pun akan bawak versi yang lain sebab ladang kat Australia tu beratus ekar, macam macam owner,  banyak contractor, ramai agen dan puluhan ladang. Mana satu yang betul? Takde salah dan betul. Macam kerja di Malaysia, ade kerja jadi cleaner, despatch, kilang dan apa apa jawatan skalipun, sbb bos lain lain dan policy company pun tak sama antara company.


Yang paling penting, kenapa nak pergi Australia?

Wata Wang Australia (AUD)

Sebab currency dia besar berbanding dengan negara lain dan dekat dengan Malaysia.


Australia mengalami cuaca sederhana kebanyakan masa dalam setahun tetapi cuaca mungkin berbeza-beza kerana saiz benua ini. Negeri-negeri di utara biasanya mengalami cuaca hangat kebanyakan masa dengan negeri-negeri di selatan mengalami musim sejuk yang lebih sejuk. Australia juga merupakan salah satu benua yang terkering di bumi. Musim-musim di Australia adalah bertentangan dengan negeri-negeri di utara hemisfera. 

Bulan Disember hingga Februari adalah musim panas
Mac hingga Mei adalah musim luruh
Jun hingga Ogos adalah musim sejuk
September hingga November adalah musim bunga.

Cuaca di Melbourne, Victoria

Cuaca di Victoria dibahagikan kepada pelbagai zon iklim berbeza, daripada kawasan panas, kering di barat laut ke padang salji alpine di timur laut. Melbourne terkenal dengan keadaan cuacanya yang berubah-ubah, tetapi secara amnya bandar ini menikmati iklim sederhana dengan musim panas yang hangat kepada panas, musim bunga dan luruh yang sederhana dan nyaman, serta musim sejuk yang sejuk. Purata suhu adalah 25°C pada musim panas dan 14°C pada musim sejuk. Hujan turun paling lebat dari bulan Mei hingga Oktober. 


Zon masa di Australia

Dari bulan Mei sehingga October di panggil Waktu Jimat Siang. Beza waktu, Australian awal 2 jam dari Malaysian.
Dari bulan Nov sehingga Mar, beza waktu Australia awal 3 jam dari Malaysia.
Dapatkan lebih info di http://www.australia.com/my/



1 Dollar Australia (AUD) bersamaan RM2.90
http://www.google.com.my/#fp=230d3e2faad433a6&q=aud+to+myr

Macam mana nak kerja di Australia? Betul ke ada Working Permit?
Nak kerja secara LEGAL atau ILLEGAL.
Secara Illegal - Masuk Australia menggunakan Visa Holiday selama 3 bulan ( harga Visa antara RM40 ke RM100)



Arrival Card - kad ini perlu diisi dan di serahkan kepada Immigration Aus.
Cop Visa Melancong @ Holiday
Secara Legal - Mendapatkan Working Holiday Visa, Working Holiday Visa ini sah laku untuk tempoh untuk 1 tahun dengan bayaran tertentu.
  
Ini cuma pandangan saya, jika berminat untuk bekerja di Australia, datang menggunakan Visa Pelancung dahulu. Kerja dan lalui pengalaman hidup di Australia dan jika rasa sesuai dan boleh mandapat keuntungan bolehlah memohon untuk Working Holiday Visa. Tapi application mesti berada di Malaysia.

Keuntungan Working Holiday Visa
Working Holiday Visa sah laku untuk kerja selama 1 tahun dan travel visa hanya 3 bulan. 

Working Holiday Visa legal, maknanya bila sampai di Australia nanti, kita bekerja secara legal, hati tenang, tak takut kena rush dan later on nak tukar kerja pun senang (kalau ada expertise lain). 

Anda boleh memohon mana mana kerja tidak semesti di ladang. Anda boleh memohon kerja di hotel, restaurant, pejabat dan lain lain.

Dan yang paling penting, lagi jimat sebab tujuan ke sana untuk cari duit.
Anda boleh apply Working Holiday Visa melalui laman web immi Australia kalau anda berumur bawah 30tahun.


Sesiapa yang serius hendak bekerja dan orang yang jujur. Tidak kisah la tujuan pergi sana sebab cari duit untuk langsai kan hutang, kumpul duit nak kahwin or nak buat memula business, terserah kepada tujuan anda. Dan org yang jujur, sebab pergi sana nanti , saya tak nak la ada banyak masalah sebab nanti yang dapat nama buruk nya, Malaysia jugak, dan tidak menyusah kan org Malaysia yang lain untuk pergi travel or kerja in future.


Terbuka kepada lelaki dan wanita warga Malaysia dan Indonesia
Tak kira ape jenis bangsa
Wanita bertudung pun boleh bekerja
Berumur antara 18 hingga 45 tahun
Sihat tubuh badan serta rajin,berdisiplin dan bersemangat
Ingin mengubah cara hidup diri anda,keluarga serta ke dua ibu bapa
Minta maaf saya tidak boleh bersemuka dengan anda, kerana saya masih berada dan bekerja di australia. Saya adalah salah seorang pekerja ladang di Australia. 
Macam mana dengan visa & tiket kapal terbang?
Visa & tiket kapal terbang anda kena uruskan sendiri.

Penginapan dan pengankutan anda di Australia
Penginapan Di Melbourne.
Hotel apabila sampai di Melbourne, di uruskan sendiri. Saya boleh share information hotel mana yang murah dan dekat dengan southern cross station (station keretapi). Harga antara RM60 ke RM85 bilik dorm untuk 4 orang. 

Penginapan di ladang
Penginapan akan di sediakan oleh kontraktor ladang semasa di Australia nanti.Jadi anda tak perlu risau berkenaan penginapan , biasanya kita akan duduk ramai ramai satu rumah dalam 6 ke 7 orang ataupun di dalam kabin dan biasa nya Contractor akan letak kita semua dengan orang Malaysia. Sewa rumah/kabin antara AUD80 - AUD90 seminggu 

Pengangkutan anda di Australia

Melbourne Airport ke Melbourne City 
Menggunakan perkhidmatan bas, tiket bas boleh didapati di berdekatan Arrival Hall. Harga tiket AUD17 sehala.

Pengangkutan dari Melbourne ke Swan Hill, Lake Boga atau Robinvale
Menggunakan perkhidmatan keretapi (4jam) atau keretapi (2jam) dan transit menaiki bas (3jam). Harga tiket AUD41(bergantung pada tempat) manakala dari Swan Hill, Lake Boga atau Robinvale ke rumah akan di uruskan oleh Contractor.

Pengangkutan dari rumah ke tempat kerja 
Akan di sediakan oleh Contractor ladang.Jadi anda tak perlu risau untuk ke tempat kerja pergi & balik. Mereka akan mengenakan charge tertentu mengikut Contractor. Charge antara AUD5 - AUD7 sehari
Macam mana dengan kerja
Anda akan bekerja secara individu atau berkumpulan mengikut kehendak tuan ladang. Seorang supervisor akan memberi arahan kepada anda sebelum memulakan kerja nanti.

Bagaimana dengan gaji atau upah
Terdapat 2 jenis gaji atau upah di kebanyakan ladang2 di Australia

Gaji atau upah 'Hourly'
Gaji anda akan di bayar mengikut berapa lama anda bekerja dalam masa sehari, gaji AUD10 - AUD13 sejam dan akan di bayar setiap minggu pada hari sabtu secara tunai.
Contoh : 8jam (kerja) X AUD10 = AUD80 @ RM232

Orang putih di Australia amat bijak, kebanyakan ladang jarang menawarkan Gaji Hourly kerana kemampuan manusia berbeza, dan adalah tidak adil kepada yang bekerja pantas diberikan gaji yang sama dengan pekerja yang kurang pantas. Jadi mereka membayar gaji menikut kemampuan pekerja.

Gaji atau upah 'Contract'
Gaji anda akan di bayar mengikut berapa banyak kerja yang anda buat dalam masa satu hari. Contoh ladang Anggur, oren dan apple.

Contoh Ladang Anggur: 
Jenis kerja - potong anggur dan trim, masukkan kedalam kotak seberat 10kg
Gaji atau upah - AUD2 sekotak
Kemampuan sehari- 40 kotak 
Gaji keseluruhan - 40 kotak X AUD2 = AUD 80 @ RM240

Contoh Ladang Oren atau apple
Jenis kerja - petik buah Oren secara berkumpulan (2 - 4org) dan masukkan kedalam bin (bakul 4kaki Lebar X 4kaki Panjang X 4kaki Dalam)
Gaji atau upah - AUD30 satu bin
Kemampuan sehari - 7 bin
Gaji Keseluruhan sehari - 7 bin X AUD30/ 3 orang = AUD70 @ RM210

perlu diingat bahawa jumlah box bergantung pada diri sendiri..bagi peluang pada diri sendiri untuk mencuba..contohnya macam di ladang anggur tempat saya bekerja..saya mampu buat secara purata 60 box sehari dan ada orang yang mampy buat lebih dan kurang lagi daripada saya.


Waktu bekerja anda
Berbeza beza mengikut ladang dan jenis kerja. Biasa nya akan bermula pada jam 8 pagi - 4 petang selama 8 jam - 10 jam sehari.
Hari bekerja biasanya antara 6 - 7 hari seminggu. Disebabkan Australia mempunyai 4 musim, cuaca mempengaruhi jumlah hari anda bekerja dalam seminggu.

Kos makan & prepaid HP
Kos Makan - Dalam seminggu kos untuk anda makan adalah AUD35 - AUD50 sahaja tetapi jika di kongsi berdua hanya dalam AUD20 - 25 sahaja. Kos telefon - AUD2 untuk simcard dan AUD20 sebulan jika penggunaan tidak kerap. Termasuk panggilan ke Malaysia

Anda tidak perlu risau mengenai makanan di sini kerana amat mudah untuk kita dapat makanan yang halal disini.seperti di robinvale sendiri , terdapat kedai yang menjualkan makanan-makanan dri asia seperti sardin, rempah dll.bagi simcard pula anda boleh dapatkan simcard telstra yang boleh didapati di kebanyakn kedai di australia 

Adakah anda akan di kenakan fees
Ya..anda akan di kenakan fees di atas khidmat saya ini dan sila hubungi saya untuk mengetahui fees tersebut.

Kenapa saya charge atas khidmat saya?
Kerana memang resam orang Malayisa lebih menghargai sesuatu jika benda @ services itu di bayar, walaupun charge nya sedikit itu menunjukan komitmen mereka untuk datang dan bekerja bersungguh sungguh.

Apa yang dapat dari saya?
1. Menyediakan Contractor untuk bekerja di ladang
2. Menyediakan tempat tinggal
3. Memberi khidmat nasihat cara yang mudah dan selamat ke Australia.
4. Memberi khidmat nasihat @ info yang tepat dan betul untuk datang ke Australia 
5. Memberi khidmat nasihat cara2 berhadapan dengan Immigration Australia
6. Memberi khidmat nasihat apa yang perlu dilakukan apabila sampai di Australia
7. Memberi nasihat bila masa yang sesuai dan tidak sesuai untuk bekerja di Australia

Bagi mereka yang minat untuk datang ke australia boleh terus hubungi pihak kami untuk keterangan lebih lanjut.

Jadi jangan tunggu lagi.hubungi sekarang

Fadhil
+60182688353

Atau kawan saya
0195181744
Mr.Tom