Friday, 29 August 2014

Ground situation in Australia.





       Assalamualaikum kepada pembaca blog. Musim sejuk baru sahaja habis minggu lepas , jadi suhu dan cuaca telah bertukar ke tahap selesa untuk bekerja. Banyak jenis kerja juga sudah bermula di ladang-ladang. Maka bertambah orang-orang dari malaysia masuk ke australia dengan niat mencari rezeki lebih di bumi orang.

    Saya juga ada membuka peluang untuk rakan-rakan datang dan bekerja di tempat saya atau bersama kumpulan saya. Selama saya jalankan aktiviti pengambilan pekerja ini , boleh dikatakan 90 peratus daripada pekerja adalah kaum melayu. Macam-macam kerenah orang yang saya jumpa dan perlu hadap.

      Kadang-kadang sampai saya tertanya-tanya , mampukah kaum saya sendiri belajar menyesuai diri di sini dengan kerja ladang? Boleh tak mereka tahan kerja di bawah panas terik , ada kerja yang kena mencangkung sepanjang waktu kerja , tekanan daripada bos atau supervisor, kena bangun awal pagi dan balik lambat, kena masak sendiri, kena kerja hari-hari , hormat orang lain samaada sesama orang kita mahu pun bangsa lain, kerjasama dan ikut peraturan.

        Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembik , masuk kandang kerbau menguak. Sangat penting untuk anda belaja menyesuaikan diri di sini dan lagi cepat lagi bagus. Letak dalam kepala yang kita datang sini untuk bekerja dan setiap daripada kita bermula dari kosong. Cari pengalaman sebanyak mungkin bukan sahaja untuk kerja tetapi juga dalam hidup kita. Tanam sifat positif dalam diri fikir kan kalau orang lain boleh buat kenapa tidak kita.

      Saya pun bermula daripada bawah. Sama seperti anda dan benda yang bakal anda lalui dekat sini semua saya dh rasa. Kesimpulan nya kalau anda bukan seorang yang cekal dan tabah mungkin tak lama anda di sini.

      Untuk pengambilan selepas ini saya akan pilih sendiri sesiapa yang nak datang bekerja di sini. Bukan seperti sebelum ini. Saya cuma mahukan yang berkualiti dan memang mahu bekerja bukan honeymoon dekat sini. Ingat betul-betul ini KERJA LADANG bukan kerja senang macam buat kuih. Jika anda rasa anda tidak boleh ikut nasihat saya , sini bukan tempat anda.

        Kali ini saya akan jelaskan antara isu-isu berbangkit disini. Sewa dekat sini perlu baya dulu ke? Tak boleh ke potong gaji? Tidak boleh. Amda di malaysia kalau nak sewa rumah boleh tak anda duduk dulu rumah dan pada hujung bulan baru bayar sewa? Sama macam di sini. Rumah atau kabin perlu di bayar sewa beserta seminggu deposit baru boleh tinggal.

      Makanan semua di sediakan atau tidak? Minta maaf tiada chef di sediakan. Anda perlu beli barang sendiri dan masak sendiri. Bajet untuk seminggu adalah 50dollar. Macam mana pula tentang periuk dan pinggan mangkuk? Tidak disediakan juga. Kalau anda boleh kongsi dengan kawan-kawan lain lagi bagus.

      Penginapan macam mana? Duduk campur atau asing? Bergantung kepada kekosongan dan pada kebiasaan nya rumah akan duduk campur lelaki dan perempuan melainkan ada kekosongan baru akan dikumpukan perempuan di dalam satu rumah.. Satu rumah bukan satu bilik. Lelaki bilik lain perempuan lain. Dan kalau dah duduk serumah semestinya dapur , ruang tamu dan toilet akan di kongsi. Begitu juga jika tinggal di kabin..bilik lelaki tidak sama dengan perempuan ,dapur kongsi dan toilet kebiasaannya asing.

     Berapa banyak duit sebenarnya yang perlu saya bawa? 500AUD sekurang-kurangnya yang mana saya sendiri ketika mula-mula datang dulu bawak 1200AUD. Kenapa saya cakap 500dollar sebab duit tu untuk bekalan anda sementara tunggu gaji pertama. Anda perlu bayar sewa rumah beserta deposit, deposit transport sekiranya ada , duit tambang anda untuk anda tiba ke tmpat penginapan dan barang-barang keperluan anda. Jadi ingat! Mesti ada sekurang-kurangnya 500AUD.

      Tolong jangan tanya soalan mengarut dekat saya samaada melalui email atau whatsapp. Cuba belajar dan buat sedikit research sendiri. Dalam entri saya sebelum ini pun sudah banyak maklumat yang saya kongsi dan akan ada lagi entri yang akan saya kongsikan. Jangan lah terlalu malas tak kan sampai makan pun nak saya suap kan.

       Segala yuran yang dikenakan adalah yuran pengurusan untuk kerja saya dan ejen-ejen di malaysia. Yuran ini juga bertujuan supaya anda lebih menghargai kerja anda dan datang bekerja bukan honeymoon. Anggap lah tempat saya ni satu platform bagi anda untuk merasai suasana bekerja di sini. Anda juga boleh datang di sini sama ada bersama saya atau tidak. Terpulang atas anda.

     Akhir kata , jika kita mahukan sesuatu hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih. Please , no more excuses.


sekian,

Fadhil +60182688353

   
   

Monday, 18 August 2014

PETIK STRAWBERRI DI PERTH









        Bismillahirahmanirahim , masih belum terlambat kiranya bagi pihak saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya dengan ini ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada keluarga , sahabat handai dan buat sesiapa yang mengenali diri ini.

     Entri kali ini berkisar tentang peluang kerja bagi bulan september hingga penghujung tahun ini. Seperti pembaca sedia maklum saya di sini sedang menyiapkan kerja rolling di ladang anggur. Hanya tinggal satu sahaja ladang yang masih mempunyai kerja di Robinvale dan kerja rolling ini dijangka habis kira-kira 3 minggu dari sekarang. Setelah selesai kerja di sini ,semua pekerja akan beransur keluar dari Robinvale bagi mencari kerja baru sementara menunggu pokok anggur untuk berbuah. Semua akan berpecah ke tempat-tempat seperti di Queensland , Perth , Darwin atau  di sekitar Victoria.

      Kumpulan kami pula akan berpecah kepada dua kumpulan yang mana kumpulan pertama akan ke Perth untuk kerja strawberri manakala kumpulan berikutnya akan terus ke Coff Harbor, Queensland untuk kerja blueberry. Entri kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai Perth & Strawberri.

     Musim strawberri di Perth telah bermula iaitu pada bulan ogos hingga disember. Kerja yang ditawarkan pula adalah petik strawberri di salah satu ladang kami di sana.

      Gaji atau upah bagi kerja ini terdapat dua jenis iaitu secara kontrak atau bayaran mengikut jam. Bayaran secara kontrak ialah AUD$ 2.10 bagi sekotak strawberri yang seberat 3KG. Manakala bayaran mengikut jam pula adalah AUD$13 untuk sejam anda bekerja. Bagi mereka yang kali pertama tiba di ladang , anda akan dibayar mengikut jam. Sama seperti kebanyakan kerja ladang di australia , anda mestilah cepat dan berdisiplin sepanjang anda bekerja.

      Penginapan pula akan dikenakan sebanyak AUD$90 seminggu dan akan ditolak daripada gaji anda. Namun begitu anda dikehendaki untuk membayar seminggu sewa terlebih dahulu (AUD$90) berserta sejumlah deposit sebelum dibenarkan tinggal. Bagi pengangkutan pula , kami akan sediakan untuk anda bergerak ke tempat kerja dan bayarannya adalah AUD$7 untuk sehari yang mana akan ditolak daripada gaji anda.

Keadaan ladang strawberri.


     Lokasi kami ialah di kawasan Wanneroo yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar. Bagi mereka yang datang terus dari Malaysia , anda boleh rujuk tips-tips untuk lepas immi di entri sebelum ini. Anda mestilah ada sedikit pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Perth bagi memudahkan anda menjawab soalan daripada pihak immi. Nasihat saya ,anda perlulah rajin-rajin membaca dan mencari di internet. Anda tidak perlu risau dengan pihak immi asalkan anda mengikut segala nasihat yang di beri.

     Setelah selesai urusan anda dengan pihak immi , anda boleh terus ke terminal 3 bagi mendapatkan bas ke pusat bandar. Perhentian bas terletak di Brearley Ave dan anda perlu naik bas bernombor 40 untuk ke Esplanade iaitu destinasi terakhir bas tersebut. Jarak perjalanan adalah sekitar 42 minit dan tambang hanyalah AUD$6. Bas ini bergerak setiap sejam , bagi maklumat lanjut anda boleh merujuk pada laman web transperth.wa.gov.au .

      Setibanya anda di esplanade(pusat bandar) , anda boleh terus ke backpackers atau hotel yang telah ditempah. Anda boleh berehat selama sehari dua dan ambil masa untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Perth. Pada hari berikutnya anda boleh terus ke Esplanade Platform 1 dan dapatkan kereta api ke Whitford Station. Masa perjalanan adalah 22 minit dan kekerapannya 15 minit sekali. Kos untuk ke sana hanyalah AUD$6.

      Setelah sampai di Whitford Station , anda perlu menaiki bas ke Wanneroo Rd yang mana jarak nya sekitar 14 minit. Sampai sahaja di sana pihak kami akan ambil anda.

      Buat masa ini bos saya memerlukan sekitar 80 orang untuk bekerja di ladang ini. Tempat adalah terhad kerana ramai orang berpusu-pusu mencari kerja di sekitar Perth. Pihak kami akan tutup pengambilan di Perth seandainya orang sudah mencukupi dan akan dihantar ke Coff Harbour bagi kerja blueberry. Bagi mereka yang berhasrat untuk datang boleh hubungi kawan saya di malaysia En. Syafiq untuk sebarang pertanyaan lanjut. Saya galakkan kepada pembaca yang ingin mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan dan yang ingin menjana pendapatan agar merebut peluang ini. Terutamanya bagi golongan muda yang tersepit dengan taraf hidup di Malaysia.

        Sekian sahaja untuk entri kali ini. Akhir kata Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. :)


Infokerjaladangaustralia@gmail.com
www.facebook.com/petikbuahdiaustralia

Fadhil
+60182688353

Syafiq@Tom
+60195181744( call dan whatsapp)