Sunday 1 June 2014

cerita ketika hujan.

         




            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni ladang tempat sy cuti sebab hujan jadi boleh la sy gunakan masa yang terluang ini untuk update blog ni. Memang adat kerja farm kalau hujan tu la cuti kita. Kalau tak memang kerja sahaja. Bak kata otai kat sini kita sebenarnya dalam setahun hanya bekerja 10 bulan sahaja. Selebihnya cuti hujan atau pun cuti-cuti lain. Jadi kita kena manfaatkan masa kerja kita. Kena kerja bersungguh-sungguh dan yang penting jangan malas. Saya kagum dengan semangat dan kerajinan orang cina dekat sini sememangnya mereka contoh yang baik tapi sebaliknya berlaku di kalangan kaum saya , pergi ke ladang banyak bersembang banyak duduk kerja pun buat ala kadar sahaja tapi bila gaji sikit mula la mahu bising. Cakap bukan main hebat tapi apa pun tak ada.

          Salah satu tips yang sy boleh kongsikan dekat sini adalah jangan berfikiran negatif. Banyak sangat dah contoh yang sy tengok di sekeliling sy. Bila sorang tu tak boleh buat kerja yang sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dia akan mula menyalahkan keadaan dan meracun fikiran orang lain. Kesian dekat kawan-kawan lain yang nk bekerja. Dekat sini kita kena kekal positif dan kuatkan hati.

           Normal kalau siapa yang baru di sini akan rasa ' down ' untuk first week. Sebab apa sy ckp mcm ni sebab kebanykan yang smpai di sini mana penah kerja ladang dan ramai juga yang mempunyai pekerjaan yang bagus di malaysia. Duduk dalam office ada aircond dan pakai cantik-cantik tak macam di sini. Kerja di luar dan di bawah matahari terik kena berdiri dalam tempoh yang lama sampaikan muka dah bertukar warna(ni cerita ketika summer). Kalau sekarang ni pulak punya la sejuk pagi sampaikan nak pergi mandi pun takut dan ketika waktu kerja tangan rasa sakit sebab sejuk sangat. Ini semua hanya lah sebahagian dugaan yang perlu ditempuhi oleh setiap pekerja di sini. Sebab tu kita di sini perlu berfikiran positif dan kental di bumi kangaroo ni.

         Banyak benda yang orang masih tak paham tentang australia dan cara hidup di sini.. Antara nya adalah isu gaji. Ramai ejen yang sibuk mencanang ' abang kalau kerja kat australia mesti abang boleh dapat 10k sebulan ataupun 12k sebulan ' , saya tak nafikan memang ada orang boleh dapat banyak tu tapi kebiasaanya orang-orang lama yang dah buat kerja ladang ni bertahun-tahun dan dah mahir dengan trick kerja ni. Tak seperti kita orang baru yang sememangnya ladang tu tempat yang asing untuk kita. Saya sentiasa terangkan gaji semua bergantung atas kemampuan diri kalau anda rajin banyak la yang anda dapat dan sy tak akan janjikan anda gaji yang besar sebab sy tak suka bagi harapan pada orang. Ramai juga saya jumpa orang yang bayar ejen mahal-mahal sampai 5k pun ada dan dijanji kan mcm-mcm tetapi bila smpai disini semua tu indah khabar dari rupa. Janji kerja hourly 15aud sejam dan boleh dapat sampai 12k sebulan tapi hakikat nya gaji contract dan nak dapat 8k sebulan pun susah.Bila dah rasa diri ditipu mula la salahkan ejen habis semua ejen yang nak cari rezeki terkena.. jangan salahkan orang lain , salahkan diri sendiri dulu.

          Tujuan saya buat blog ni adalah bagi membuka ruang untuk siapa-siapa yang berminat untuk kerja di sini yang mana blog ini anda boleh jadikan tempat untuk dapatkan info sebanyak mungkin disamping sebagai duit tepi sy. Ya sy seorang ejen dan juga seorang pekerja biasa di australia seperti mana kebanyakan orang. Bagi mereka yang berminat untuk kerja anda akan bekerja dengan team sy dan anda di bawah tanggungjawab sy. Sy tak akan hantar anda ke tempat lain dan sy akan guide anda sepanjang disini. Adakah sy kenakan charge di atas khidmat sy ni? Ya , sebab sy akan guide anda step by step sehingga anda ke tempat sy dan sy akan uruskan penginapan dan pengangkutan anda sepanjang anda di sini. Anda hanya datang sini dan bekerja. Tak perlu rungsing pasal perkara lain. Ini juga salah satu cara supaya bakal-bakal pekerja akan lebih menghargai kerja dan info yang diberi dan bersikap serius. Bagi yang betul-betul minat sahaja yang sy akan layan. Okay untuk khidmat booking tiket flight dan hotel sy tak akan uruskan tetapi sy akan bgi cadangan yang mana yang terbaik.

           Terdapat isu juga bila mana sy minta bakal-bakal pekerja untuk buat pembayaran terus  melalui bank di malaysia. Biar saya terangkan keadaan sy. Sebaik sahaja anda sahkan yang anda akan datang ke sini sy perlu pastikan tempat tinggal , pengangkutan dan juga kerja anda diurus. sy tak mahu pisang berbuah dua kali sebab sebelum ni pernah terjadi yang mana ada 2 orang dari kedah cakap nak datang dan bagi tarikh smpai ke melbourne. Jadi sy uruskan semua sekali tapi bila sampai tarikh tu dorg berdua terus senyap dan saya dpt tahu yg dorg ke tempat lain. Sy la yg buang masa uruskan semua benda dan kena bising dengan bos lagi. Untuk protect pihak sy , sy ambil keputusan semua pembayaran mestilah di selesaikan di malaysia.

         Seperkara lagi isu yang selalu di bangkitkan.. berapa kos keseluruhan yang perlu disediakan? Kebiasaanya kos yang diperlukan hanya sekitar RM4K hingga RM6K sahaja. Tak perlu nak simpan duit sampai RM8K untuk datang sini.  Kos yang diperlukan hanyalah sekitar RM5000. Sy tak mahu anda berhutang untuk datang ke sini sebaliknya rancang bila anda nak datang dan kumpul la duit secukupnya. 

         Bagi mereka yang stabil di malaysia seperti kerja dengan kerajaan ataupun sudah memiliki pendapatan tetap sekitar RM4000 ke atas sy tak galakkan anda untuk datang. Hargailah kerja anda melainkan anda seorang yang sudah bosan dengan kerja anda dan mahukan cabaran baru , anda dialu-alukan. Sy amat galakkan pada golongan muda untuk datang dan menimba pengalaman baru di sini. Datang la sini untuk 2 atau 3 tahun dan sekurang-kurangnya apabila pulang nnti anda dah mempunyai sedikit modal untuk mulakan sebarang perniagaan. Anda sendiri arif tentang situasi di malaysia terutama bagi golongan muda yang tersepit di tengah-tengah kenaikan kos. Duit gaji dihabiskan untuk perbelanjaan sahaja tapi untuk simpanan amat sedikit. Nak kumpul duit untuk kahwin pun susah. Pada graduan yang belum mendapat kerja datang lah ke sini walaupun anda sekadar kerja kebun tetapi macam-macam yang anda akan belajar dan sekurang-kurangnya menambah duit poket daripada duduk di rumah menunggu kerja idaman. Ingat kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang kemudian.


Kedai vietnam yang banyak jual barang keperluan dari malaysia


        'Bro, susah ke kita sebagai org islam nak duduk sana.? Makan? Solat? ' ..okay untuk makan kita di sini akan masak sendiri samaada di rumah atau cabin dan barang-barang keperluan kita boleh dapatkan di pasaraya di pekan. Semua nya lengkap dan amat mudah kalau nk cari bahan-bahan untuk masakan melayu. Jadi anda tak perlu risau. Pada yang tak pandai masak , tak mengapa ada banyak sifu dekat sini yang boleh tunjuk ajar asalkan ada sikap mahu belajar dan tak malas. Kos untuk beli barang setiap minggu adalah sekitar AUD50 seorang tetapi jika hendak berjimat anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain. Lumrah hidup sy dekat sini bila gaji , gaji minggu lepas tak habis sudah dapat gaji minggu baru sebab jarang berbelanja tak seperti di malaysia. Gaji baru dapat tak sampai seminggu sudah habis. Mana boleh simpan.


Pekan cowboy robinvale


         Cukuplah pada entry kali ini. Sy harap perkongsian kali ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca. Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi sy.sekian


infokerjaladangaustralia.gmail.com
+60182688353
Fadhil

atau partner sy 
Mr.Tom
0195181744
     

    

      

No comments:

Post a Comment