Monday 18 August 2014

PETIK STRAWBERRI DI PERTH









        Bismillahirahmanirahim , masih belum terlambat kiranya bagi pihak saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya dengan ini ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada keluarga , sahabat handai dan buat sesiapa yang mengenali diri ini.

     Entri kali ini berkisar tentang peluang kerja bagi bulan september hingga penghujung tahun ini. Seperti pembaca sedia maklum saya di sini sedang menyiapkan kerja rolling di ladang anggur. Hanya tinggal satu sahaja ladang yang masih mempunyai kerja di Robinvale dan kerja rolling ini dijangka habis kira-kira 3 minggu dari sekarang. Setelah selesai kerja di sini ,semua pekerja akan beransur keluar dari Robinvale bagi mencari kerja baru sementara menunggu pokok anggur untuk berbuah. Semua akan berpecah ke tempat-tempat seperti di Queensland , Perth , Darwin atau  di sekitar Victoria.

      Kumpulan kami pula akan berpecah kepada dua kumpulan yang mana kumpulan pertama akan ke Perth untuk kerja strawberri manakala kumpulan berikutnya akan terus ke Coff Harbor, Queensland untuk kerja blueberry. Entri kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai Perth & Strawberri.

     Musim strawberri di Perth telah bermula iaitu pada bulan ogos hingga disember. Kerja yang ditawarkan pula adalah petik strawberri di salah satu ladang kami di sana.

      Gaji atau upah bagi kerja ini terdapat dua jenis iaitu secara kontrak atau bayaran mengikut jam. Bayaran secara kontrak ialah AUD$ 2.10 bagi sekotak strawberri yang seberat 3KG. Manakala bayaran mengikut jam pula adalah AUD$13 untuk sejam anda bekerja. Bagi mereka yang kali pertama tiba di ladang , anda akan dibayar mengikut jam. Sama seperti kebanyakan kerja ladang di australia , anda mestilah cepat dan berdisiplin sepanjang anda bekerja.

      Penginapan pula akan dikenakan sebanyak AUD$90 seminggu dan akan ditolak daripada gaji anda. Namun begitu anda dikehendaki untuk membayar seminggu sewa terlebih dahulu (AUD$90) berserta sejumlah deposit sebelum dibenarkan tinggal. Bagi pengangkutan pula , kami akan sediakan untuk anda bergerak ke tempat kerja dan bayarannya adalah AUD$7 untuk sehari yang mana akan ditolak daripada gaji anda.

Keadaan ladang strawberri.


     Lokasi kami ialah di kawasan Wanneroo yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar. Bagi mereka yang datang terus dari Malaysia , anda boleh rujuk tips-tips untuk lepas immi di entri sebelum ini. Anda mestilah ada sedikit pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Perth bagi memudahkan anda menjawab soalan daripada pihak immi. Nasihat saya ,anda perlulah rajin-rajin membaca dan mencari di internet. Anda tidak perlu risau dengan pihak immi asalkan anda mengikut segala nasihat yang di beri.

     Setelah selesai urusan anda dengan pihak immi , anda boleh terus ke terminal 3 bagi mendapatkan bas ke pusat bandar. Perhentian bas terletak di Brearley Ave dan anda perlu naik bas bernombor 40 untuk ke Esplanade iaitu destinasi terakhir bas tersebut. Jarak perjalanan adalah sekitar 42 minit dan tambang hanyalah AUD$6. Bas ini bergerak setiap sejam , bagi maklumat lanjut anda boleh merujuk pada laman web transperth.wa.gov.au .

      Setibanya anda di esplanade(pusat bandar) , anda boleh terus ke backpackers atau hotel yang telah ditempah. Anda boleh berehat selama sehari dua dan ambil masa untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Perth. Pada hari berikutnya anda boleh terus ke Esplanade Platform 1 dan dapatkan kereta api ke Whitford Station. Masa perjalanan adalah 22 minit dan kekerapannya 15 minit sekali. Kos untuk ke sana hanyalah AUD$6.

      Setelah sampai di Whitford Station , anda perlu menaiki bas ke Wanneroo Rd yang mana jarak nya sekitar 14 minit. Sampai sahaja di sana pihak kami akan ambil anda.

      Buat masa ini bos saya memerlukan sekitar 80 orang untuk bekerja di ladang ini. Tempat adalah terhad kerana ramai orang berpusu-pusu mencari kerja di sekitar Perth. Pihak kami akan tutup pengambilan di Perth seandainya orang sudah mencukupi dan akan dihantar ke Coff Harbour bagi kerja blueberry. Bagi mereka yang berhasrat untuk datang boleh hubungi kawan saya di malaysia En. Syafiq untuk sebarang pertanyaan lanjut. Saya galakkan kepada pembaca yang ingin mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan dan yang ingin menjana pendapatan agar merebut peluang ini. Terutamanya bagi golongan muda yang tersepit dengan taraf hidup di Malaysia.

        Sekian sahaja untuk entri kali ini. Akhir kata Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. :)


Infokerjaladangaustralia@gmail.com
www.facebook.com/petikbuahdiaustralia

Fadhil
+60182688353

Syafiq@Tom
+60195181744( call dan whatsapp)

No comments:

Post a Comment